Abstract
Tajuk struktur bangunan merupakan tajuk permulaan dalam mempelajari bidang Teknologi Pembinaan. Di Kolej Vokasional, tajuk ini terdapat dalam kursus Building Construction 1 dimana pelajar perlu mempelajari kursus ini pada semester 1 Diploma Teknologi Pembinaan. Manakala di Sekolah Menengah Teknik pula tajuk ini ditawarkan semasa di tingkatan 4 bagi kursus Kejuruteraan Awam. Struktur bangunan juga boleh dianggap sebagai titik permulaan kepada pelajar untuk menceburi bidang Teknologi Pembinaan dengan lebih mendalam lagi. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan dari segi penguasaan pelajar dalam tajuk ini pada peringkat awal dan menyebabkan berlaku kesukaran untuk pensyarah lain mengajar tajuk seterusnya dengan lebih berkesan kerana pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh. Atas dasar ini, inovasi Smart Building Structure diperkenalkan kepada pelajar untuk membantu mereka menguasai isi pelajaran seterusnya memahami setiap perkara yang diperlukan dalam tajuk Struktur Bangunan. Smart Building Structure juga menggunakan pendekatan “akses kendiri” dan berpusatkan murid (student centered) iaitu pelajar boleh belajar sendiri walaupun dimana mereka berada dan amat sesuai digunakan terutamanya dalam menghadapi cabaran pembelajaran norma baharu semasa wabak covid-19.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Halimoon, Hasrul UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings T Technology > TH Building construction > Construction by phase of the work (Building trades) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Page Range: | pp. 201-205 |
Keywords: | Smart Building Structure, Mentafsir, Struktur Tersembunyi, Dwibahasa, Pembelajaran Norma Baharu |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55900 |