Abstract
Pembangunan modal insan adalah satu isu penting yang sering dibincangkan,terutamanya di alaf baru. Perbincangan tersebut tidak hanya melibatkan peringkat makrotetapi juga di peringkat mikro. Ini menunjukkan
bahawa kebanyakan negara-negara menyedari keperluan dan pembangunan modal insan dalam era globalisasi
termasuk Malaysia. Di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pembangunan modal insan adalah salah satu agenda utama yang dibincangkan termasuk Negeri Perak di dalam perancangan untuk mencapai negeri
maju pada tahun 2015. Di antara elemen penting di dalam Deraf Laporan Akhir Pelan Strategik Perak Maju 2015 yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi 6egeri Perak adalah modal insan serta ingin mewujudkan peluang yang lebih besar untuk pembangunan komersial dan menambah peluang pekerjaan yang lebih besar untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Di dalam rekabentuk pelan tindakan strategik menyatakan sektorsektor yang perlu diberi perhatian adalah 1.Pembuatan, 2.Bioteknologi, 3.Pelancongan, 4.pendidikan dan pembangunan sumber manusia, 5.pembinaan, 6.Pertanian dan 7.ICT. Tambahan lagi, dari segi Strategik Pembangunan di antaranya adalah Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan serta Meningkatkan Taraf dan kualiti Kehidupan. Diantara tahun 2008 sehingga 2019 kerajaan 6egeri Perak mensasarkan peluang pekerjaan di dalam industri pembinaan adalah seramai 83,810. Oleh itu tenaga kerja tempatan haruslah menyedari dan meletakkan kerjaya ini sebagai kerjaya pilihan serta dapat memberi prospek yang tinggi dan lumayan serta mempunyai masa hadapan yang cerah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Salleh, Norazlin noraz470@perak.uitm.edu.my Mohd Nor, Ilyana Bazlin ilyana456@perak.uitm.edu.my Lop, Nor Suzila norsu993@perak.uitm.edu.my Mohd Kamar, Izatul Farrita izatu739@perak.uitm.edu.my, Che Pin, Siti Fairuz sitif288@perak.uitm.edu.my Senawi, Asma asma5126@perak.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Labor. Work environment H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > By industry or trade H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Construction industry H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Construction industry > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012) |
Event Dates: | 16-17 April 2012 |
Page Range: | pp. 102-106 |
Keywords: | Industri Pembinaan, Pekerja Binaan, Pekerjaan, Kerjaya |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41780 |