Transkrip wawancara bersama Puan Suwarin Jinda binti Abdullah usahawan restoran

Abdullah Sani, Ayu Fadhleen and Mohd Faudzi, Nur A’in (2025) Transkrip wawancara bersama Puan Suwarin Jinda binti Abdullah usahawan restoran. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Puan Suwarin Jinda Binti. Abdullah ialah seorang pengusaha restoran yang berkonsepkan masakan ala Thailand. Restoran ini telah beroperasi selama 7 tahun bermula pada tahun 2017. Restoran beliau bertempat di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 15150, Bandar Kota Bharu, Kelantan. Restoran Baan Suwarin Jinda ini menarik perhatian ramai dengan masakan pertamanya iaitu ‘daging harimau menangis’ dan masakan asli Thailand lain yang memukau seperti tomyam, somtam dan pulut mangga. Namun begitu, kata Suwarin, restoran beliau sering menjadi tumpuan pelanggan yang mencari makanan Thailand yang berkualiti dengan cita rasa asli. Restoran tersebut juga mencerminkan suasana Thailand yang santai dan mesra. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran dan strategi yang dihadapi oleh beliau. Puan Suwarin Jinda Binti. Abdullah telah melalui pelbagai ujian dan cabaran sepanjang mengusahakan Restoran Baan Suwarin Jinda. Kisah hidup dan perjalanan kerjaya beliau merupakan sumber inspirasi yang dapat memberi motivasi kepada semua orang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112415.pdf]
Text
112415.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics