Kepimpinan dalam mengurus perubahan untuk kecemerlangan organisasi perbandingan antara Barat dan Islam / Norhapizah Mohd Burhan and Suhanom Mohd Zaki

Mohd Burhan, Norhapizah and Mohd Zaki, Suhanom (2008) Kepimpinan dalam mengurus perubahan untuk kecemerlangan organisasi perbandingan antara Barat dan Islam / Norhapizah Mohd Burhan and Suhanom Mohd Zaki. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2008, 30 – 31 Disember 2008, UiTM PAHANG.

Abstract

Gelombang perubahan yang datang tanpa dijemput adalah di luar kawalan, ramalan dan jangkaan yang akan terus mendesak pemimpin untuk lebih bersedia bagi menghadapi pelbagai kemungkinan dan ketidakpastian. Menurut Greenberg & Baron (1997), perubahan organisasi merupakan suatu transformasi yang berlaku secara terancang atau tidak terancang terhadap struktur, teknologi dan individu dalam organisasi. Perubahan merupakan sebahagian daripada kehidupan organisasi yang sentiasa berlaku dan terpaksa dihadapi oleh pemimpin. Di dalam konteks Islam, pemimpin yang sebenar adalah agen perubah yang cemerlang sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam usaha Baginda mengurus atau menangani perubahan, yakni menukar corak penghidupan masyarakat jahiliah ke masyarakat madani. Dalam konteks organisasi, perubahan sering dikaitkan dengan pergolakan dan huru-hara yang bukan hanya memberi kesan kepada struktur dan aspek fizikal organisasi, tetapi juga mempengaruhi aspek sosiologi dan psikologi manusia yang akan menerima kesan daripada perubahan tersebut. Memandangkan pengurusan perubahan menjadi suatu perkara yang amat kritikal kepada pemimpin, mereka perlu memahami bagaimana hendak memperkenalkan perubahan, bertindak balas terhadapnya, menangani penentangan dan memilih kaedah yang terbaik untuk menghadapinya. Kertas konsep ini memfokus kepada dua perspektif pengurusan perubahan iaitu mengikut model Rasulullah S.A. W sebagai pemimpin Islam dan pendekatan Barat yang berasaskan model konvensional dalam mencapai kecemerlangan dalam organisasi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Burhan, Norhapizah
norhapizah@pahang.uitm.edu.my
Mohd Zaki, Suhanom
suhanom@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Organization
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2008
Event Dates: 30 – 31 Disember 2008
Page Range: pp. 87-101
Keywords: Perubahan, Pengurusan perubahan, Pemimpin
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57545
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57545.PDF] Text
57545.PDF

Download (5MB)

ID Number

57545

Indexing

Statistic

Statistic details