Abstract
Destinasi mesra pelancong merupakan satu konsep yang memberi kepuasan kepada pelancong melalui hubungan dan penggunaan maksimum elemen aktiviti, ruang serta produk tanpa sebarang gangguan dan permasalahan, bermula dari tempat tinggal sehinggalah ke destinasi pelancongan yang hendak ditujui. Ianya dilihat sebagai satu konsep yang berorientasikan pelanggan di mana pelancong akan dianggap sebagai pelanggan di destinasi pelancongan tersebut. Walaupun kajian mengenai destinasi mesra pelancong amat terhad dan berdasarkan sektorial tertentu sahaja namun konsep destinasi mesra pelancong terus digunakan tanpa mengetahui secara lanjut faktor yang mempengaruhi kepada pembentukan destinasi mesra pelancong sehingga menimbulkan kekeliruan ke atas kewujudan dan penggunaan konsep destinasi mesra pelancong. Sehubungan itu, kajian ini merupakan satu kertas konsep yang bertujuan untuk mengenalpasti di peringkat makro faktor-faktor yang mendasari serta mempengaruhi pembentukan destinasi mesra pelancong. Hasil dari kajian ini telah mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi kepada pembentukan destinasi mesra pelancong iaitu faktor perubahan konsep pelancongan, faktor peningkatan keupayaan pelancong untuk melancong, faktor pemilihan destinasi pelancongan dan motivasi pelancong, faktor perubahan citarasa pelancong dan akhir sekali adalah faktor perkongsian sektor awam dan sektor swasta. Sehubungan itu, melalui kajian ini di harapkan agar pihak berkepentingan mengenalpasti terlebih dahulu faktor-faktor yang mendasari pembentukan destinasi mesra pelancong agar dapat mewujudkan satu konsep yang relevan selaras mengikut permintaan serta penawaran pelancong sebagai pelanggan yang menjadi amalan teras kepada konsep destinasi mesra pelancong.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar, Ahmad Nazrin Aris aek_2751@yahoo.com Ahmad, Habibah ha@ukm.my Jusoh, Hamzah hj@ukm.my Hussain, Mohd Yusof hmyusoff@ukm.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) H Social Sciences > HF Commerce > Consumer behavior. Consumers' preferences. Consumer research. Including consumer profiling H Social Sciences > HF Commerce > Consumer satisfaction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Event Title: | International Conference on Public Policy and Social Science |
Event Dates: | 15 - 16 |
Page Range: | pp. 359-368 |
Keywords: | Destinasi mesra pelancong; Destinasi pelancongan; Faktor Konsep berorientasikan pelanggan; Peringkat makro |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/55375 |