Poligami: kajian terhadap penerimaan wanita melayu di Negeri Terengganu / Hasan Bahrom & Samsudin Wahab

Bahrom, Hasan and Wahab, Samsudin (2005) Poligami: kajian terhadap penerimaan wanita melayu di Negeri Terengganu / Hasan Bahrom & Samsudin Wahab. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Isu poligami tidak pernah lekang dari diperbahaskan oleh masyarakat, sama ada di kalangan para suami, isteri, golongan ilmuan, golongan ulama, kaum remaja, malah dikalangan masyarakat bukan Islam. Isu poligami bukanlah isu baru diketengahkan dalam masyarakat malah ia selalu dibangkitkan kalau timbul sesuatu permasalahan. Dari aspek sejarah Rasulullah saw sendiri mengamalkan poligami malah baginda dibolehkan mengambil wanita sebagai isteri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Malah ahli sejarah Islam seperti Ibn Hisyam pernah menukilkan dalam satu ketika Rasulullah saw pernah mempunyai isteri sembilan orang. Ulama telah membahaskan perkara tersebut dan memberi jawapan yang berautoriti untuk dipertanggungjawabkan kebenarannya. Dewan Undangan Negeri Terengganu tahun 2003 mencadangkan satu rang undang-undang untuk mempermudahkan lelaki berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran daripada isteri pertama. Isu tersebut dikeluarkan juga oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis hasil nasihat daripada Mufti Negeri.
Urutan daripada isu tersebut, timbul pula isu wanita berjawatan tinggi ramai yang tidak berkahwin. Walau bagaimanapun perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Keluarga, menunjukkan lelaki yang tidak berkahwin lebih ramai daripada wanita yang belum berkahwin, malahan jumlah penduduk lelaki di negara ini mengatasi jumlah penduduk wanita iaitu penduduk lelaki berjumlah 11,853,432 berbanding dengan wanita 11,421,258. Persoalannya mengapa timbul trend pemikiran ini dalam masyarakat Melayu ?. apakah wanita menolak poligami atau sekadar memperingatkan kaum lelaki?, tetapi mengapa cara-cara mereka meluahkan perasaan dan pandangan dinilai oleh orang lain seolah menolak poligami ?. Mengapakah wanita amat allergic dengan isu poligami ?. persoalan inilah yang mendorong penyelidik untuk melakukan tinjauan secara lebih dekat mengapakan wanita melihat poligami sesuatu yang 'menakutkan' dan tidak pada sebaliknya, poligami itu sebagai satu jalan penyelesaian kepada sistem kekeluargaan dalam masyarakat Islam.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 52911.pdf] Text
52911.pdf

Download (226kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

52911

Indexing

Statistic

Statistic details