Abstract
Rizom kering spesies Zingiber cassumunar diekstrak dengan mcnggunakan kloroform secara Soxhlet selama 20 jam. Pemisahan dan penulenan komponen kimia telah diialankan dengan menggunakan beberapa kaedah kromatografi dan struktumya ditentukan melalui pelbagai kaedah spektroskopi, spektroskopi inframerah (IM), resonans magnet nukleus (RMN) dan kromatografi gas-spektroskopi jisim (KG-SJ). Lima komponen kimia tulen telah berjaya diasingkan daripada Z.cassumunar. Komponen tersebut telah dikenalpasti sebagai kurkumin, 1-(3',4'-dimetoksifenil)-butadiena, (E)-4-(3',4'-dimetoksifenil) but-3-en-I-il asetat, (E)-4-(3'A'-dimetoksifenil) but-3-en-l -o1 dan cis-3-(2',4',5'-trimetoksifenil)-4-[(E)-2'",4"',5'''-trimetoksistiril] sikloheks-l-en. Kajian bioaktiviti ke atas ekstrak mentah dan kurkumin terhadap anak udang, Artemia salina menunjukkan nilai ED₅o 10.37 ppm dan 542.88 ppm.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saat, Rohaiza UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QC Physics > Optics. Light > Spectroscopy S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) T Technology > TP Chemical technology > Food processing and manufacture > Special foods > Flavoring aids |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : SAINS TEKNOLOGI JILID 1 |
Event Dates: | 31 MEI – 1 JUN 2004 |
Page Range: | pp. 324-329 |
Keywords: | Zingibr cassumunar, Sebatian tulen, Ketoksikan anak udang (Artemia salina) |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51704 |