Abstract
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bukan perkara baru dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Peranan pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video di dalam teknologi multimedia menjadikan pengajaran lebih menarik, efektif, aktif dan menyeronokkan kerana ia melibatkan hampir semua sensori manusia. Justeru itu, penghasilan perisian kursus ini melaksanakan pendekatan bercerita dan permainan. Kedua-dua pendekatan ini adalah bersesuaian dengan pengajaran yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 9 tahun. Model Reka bentuk pembangunan perisian kursus berdasarkan model Strategi Pengajaran Gagne’ (1988) [4] dan model ini telah diubahsuai dengan dibahagikan kepada dua bahagian mengikut pendekatan yang digunakan. Perisian kursus ini berkisar kepada aktiviti harian di rumah seorang kanak-kanak bernama Luqman. Perisian ini juga terbahagi kepada empat bahagian iaitu aktiviti pagi, tengahari, malam dan permainan. Hampir semua aktiviti ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara hidup Islam. Penghasilan perisian ini berlandaskan sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR iaitu Akhlak Islamiah.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Diah, Norizan norizan@tmsk.uitm.edu.my Tengku Wook, Tengku Siti Meriam UNSPECIFIED Tengku Sembok, Tengku Mohd UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Interactive multimedia L Education > LB Theory and practice of education > Child study > Play, games, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 370-377 |
Keywords: | Bercerita dan permainan, Akhlak, Multimedia |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43136 |