Tahap kepuasan staf terhadap persekitaran dan sistem kerja di fakulti kejuruteraan awam UiTM Cawangan Pahang / Rohaya Alias, Nor Maslina Mohsan and Siti Hawa Rosli

Alias, Rohaya and Mohsan, Nor Maslina and Rosli, Siti Hawa (2019) Tahap kepuasan staf terhadap persekitaran dan sistem kerja di fakulti kejuruteraan awam UiTM Cawangan Pahang / Rohaya Alias, Nor Maslina Mohsan and Siti Hawa Rosli. Gading Journal for the Social Sciences, 22 (00). pp. 105-110. ISSN 2600-7568

Abstract

Kepuasan pekerja terhadap persekitaran dan sistem kerja merupakan elemen penting yang dapat memberi impak kepada prestasi dan produktiviti sesebuah organisasi. Justeru itu, amat penting bagi setiap organisasi mengetahui tahap kepuasan pekerjanya terhadap persekitaran dan sistem kerja agar semua matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan tahap kepuasan staf di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UiTM cawangan Pahang terhadap persekitaran dan sistem kerja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu mendapatkan data dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada semua staf FKA iaitu melibatkan seramai 45 responden. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisa untuk mendapatkan keputusan. Hasil kajian mendapati responden berpuas hati dengan keseluruhan persekitaran dan sistem kerja (54%). Perkara yang paling ramai responden sangat berpuas hati adalah mengenai ruang dan perabot yang disediakan di pejabat. Manakala perkara yang paling ramai responden tidak berpuas hati adalah berkenaan dengan kelengkapan/mesin yang disediakan di pejabat. Terdapat beberapa cadangan turut dikemukakan oleh responden. Kesimpulannya, kelemahan dari segi persekitaran dan sistem kerja yang telah didapati melalui kajian ini boleh diketengahkan kepada pengurusan tertinggi UiTM cawangan Pahang untuk penambahbaikan. Dengan adanya tindakan penambahbaikan yang bakal dilakukan, prestasi kerja staf FKA akan dapat dipertingkatkan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Rohaya
rohaya_alias@uitm.edu.my
Mohsan, Nor Maslina
maslina252@pahang.uitm.edu.my
Rosli, Siti Hawa
sitihawarosli@pahang.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Labor. Work environment
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Industrial sociology. Social conditions of labor
H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Job satisfaction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > UiTM Press Pahang
Journal or Publication Title: Gading Journal for the Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 22
Number: 00
Page Range: pp. 105-110
Keywords: Persekitaran, Prestasi, Sistem kerja
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/29324
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 29324.pdf] Text
29324.pdf

Download (6MB)

ID Number

29324

Indexing

Statistic

Statistic details