Pembangunan produk inovasi makanan tofu sosej tomyam

Shafie @ Mohd Alias, Nur Nafisa and Mahmood, Latifah and Md. Noh, Norzilahwati (2023) Pembangunan produk inovasi makanan tofu sosej tomyam. APS Proceedings, 4 (1): 9. pp. 44-47. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7830548

Abstract

Tofu sosej tomyam merupakan pembangunan satu produk inovasi makanan iaitu sosej yang berasaskan tauhu keras daripada produk kacang soya dan pes tomyam (meat free). Manakala, pes tomyam yang digunakan adalah dihasilkan sendiri tanpa kandungan bahan pengawet. Tofu sosej tomyam merupakan kombinasi daripada tauhu keras dan pes tomyam yang kaya dengan nutrisi, berkhasiat dan rendah kalori. Ini adalah berbeza dengan sosej yang sedia ada dalam pasaran yang merupakan campuran hasilan daging dan juga organ dalaman yang diproses serta mengandungi bahan pengawet yang boleh meningkat pelbagai risiko penyakit dan kanser. Terdapat tiga formulasi yang dibangunkan iaitu F1, F2 dan F3. Penentuan formulasi yang terbaik telah dilakukan berdasarkan keputusan ujian hedonik yang dijalankan ke atas panel tidak terlatih iaitu seramai 30 orang. Nilai atribut yang dianalisis adalah daripada segi warna, rupa bentuk, tekstur, rasa dan penerimaan keseluruhan. Hasil dapatan mendapati formulasi F2 lebih diterima. Selain itu, kajian pasaran turut dilakukan terhadap produk ini iaitu seramai 41 orang responden yang terlibat. Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan hasil dapatan keputusan adalah dalam bentuk nilai deskriptif yang mendapati 75.6% responden bersetuju yang sosej berada dalam pasaran adalah mengandungi bahan-bahan yang mendatangkan penyakit. Hasil kajian juga mendapati 92.7% responden bersetuju produk tofu sosej tomyam adalah berkhasiat. Oleh itu, produk inovasi tofu sosej tomyam yang merupakan kombinasi berasaskan tauhu keras daripada produk kacang soya dan pes tomyam mempunyai potensi penerimaan untuk diproses dalam produk sosej kerana produk tersebut mempunyai nilai yang tinggi sebagai sumber vitamin dan berkhasiat serta sebagai produk alternatif yang lebih sihat kepada pengguna.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shafie @ Mohd Alias, Nur Nafisa
nurnafisa@kkbaganserai.edu.my
Mahmood, Latifah
latifahkkju@gmail.com
Md. Noh, Norzilahwati
norzilahwati@kkkj.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Food industry and trade. Halal food industry. Certification > Malaysia
T Technology > TP Chemical technology > Food processing and manufacture > Special foods
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 44-47
Keywords: Consumer behavior, Sausages, Tom yum
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/140932
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 140932.pdf] Text
140932.pdf

Download (787kB)

ID Number

140932

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details