Abstract
Pada zaman yang semakin mencabar kini, pelbagai bentuk ajaran, fahaman dan pemikiran baru dalam aspek agama, ekonomi, politik dan sosial telah menembusi setiap ruang kehidupan manusia secara langsung dan tidak langsung. Antara cabaran yang paling hebat itu ialah ajaran-ajaran yang berbentuk kerohanian seperti Universal Spirituality for World Peace, the Association for Global New Thought, Global Spirituality, Universal Sufism dan banyak lagi. Ajaran kerohanian sebegini merupakan ajaran yang kurang diberi perhatian oleh sesetengah sarjana Islam kerana berpendapat ia tidak begitu hebat kesannya kepada umat Islam. Namun realitinya, ajaran sebegini dipercayai telah mendapat sambutan yang baik dari hari ke hari terutama kepada mereka yang mencari dan memerlukan pengisian kerohanian untuk memenuhi tuntutan jiwa mereka. Ia telah diterima bukan sahaja oleh orang-orang Barat dan bukan Islam, tetapi juga oleh umat Islam. Oleh yang demikian, terdapat sebilangan umat Islam di kebanyakkan negara-negara Islam seperti Indonesia, Turki dan Pakistan telah menerima dan mengamalkan ajaran sebegini didalam hidup mereka. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis ajaran Inayat Khan melalui buku-bukunya seperti the Dance of the Soul (Gayan, Vadan, Nirtan), the Sufi Message of Hazrat Inayat Khan I, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, X, XI, XII dan pemerhatian penulis juga semasa mengikuti program Summer School 2011, yang telah dianjurkan oleh pergerakan the International Sufi Movement di Katwijk, Netherland. Hasil kajian mendapati ajaran kerohanian Inayat Khan ini terbina daripada aspek-aspek tertentu daripada agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Zoroaster. Maka, ajarannya dapat dinyatakan sebagai sebuah ajaran kerohanian yang bertentangan dengan agama Islam. Walaupun begitu, kajian yang berbentuk analisis secara kritis sangat penting bagi membentuk kefahaman umat Islam secara jelas terhadap ajaran kerohanian sejagat seperti ajaran Inayat Khan ini.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Salleh, Nozira aziera@ukm.edu.my Badaruddin, Faudzinaim fnaim@ukm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam > Islamic religious life > Sufism. Mysticism. Dervishes B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | eProceeding of International Conference on Islam and Global Issues 2018 (iCIGI2018) |
| ISSN: | 978-967-15434-3-6 |
| Volume: | 1 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 296-306 |
| Keywords: | Islam, Inayat Khan, Sufism |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/131982 |
