Carochitin powder

Wan Ahmad, Wan Zufarhati and Saidi, Muhammad Syahrizan and Tuan Shukri, Tuan Afif Azri and Wan Ruzi, Wan Muhammad Hakim (2023) Carochitin powder. In: Johor Innovation Invention Competition and Symposium 2023. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Universiti Teknologi MARA, Johor, pp. 232-233. ISBN 978-967-0033-17-4
Abstract

Serbuk perasa digunakan dalam pelbagai jenis sajian bertujuan menambah rasa makanan agar menjadi lebih lazat. Carochitin Powder adalah inovasi serbuk perasa yang dihasilkan menggunakan gabungan bahan sisa sampingan udang, lobak merah serta campuran bahan lain tanpa penggunaan sebarang pewarna, perasa dan MSG. Idea penghasilan produk ini tercetus hasil penelitian terhadap kebanyakan restoran dan kilang memproses isi udang yang tidak menggunakan sepenuhnya sisa sampingan udang. Sisa sampingan udang terdiri daripada kepala, kulit sehingga ekornya mengandungi 25%-40% protein, 15%-20% kitin dan 45%-50% kalsium karbonat. Kitin mengandungi kitosan yang merupakan agen penstabil lemak dan dapat membantu menurunkan berat badan serta mengurangkan kolesterol di dalam darah. Selain itu, kitosan juga digunakan sebagai agen penstabil rasa dalam sesuatu produk. Lobak merah pula mengandungi vitamin A dan B yang baik untuk kesihatan mata. Sisa sampingan udang dan lobak merah melalui proses pengeringan menggunakan oven pada suhu 60°C selama 5 jam. Kemudian ia dikisar menggunakan mesin pengisar sehingga terhasil dalam bentuk serbuk. Bahan-bahan ini dicampur dengan ramuan lain seperti bawang merah, bawang putih dan garam bagi menambahkan kesedapan. Carochitin Powder boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam aneka makanan bergoreng, sup, keropok udang dan lain-lain bagi menggantikan rasa udang sebenar dalam masakan. Kajian uji rasa yang dijalankan menunjukkan penerimaan keseluruhan terhadap Carochitin Powder adalah tinggi iaitu 90%. Kos penghasilan yang murah kerana menggunakan bahan sampingan udang tetapi mempunyai manfaat yang banyak diharapkan dapat menjadikan Carochitin Powder sebagai produk pilihan dalam menambahkan kelazatan sesuatu sajian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 131853.pdf]
Text
131853.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics