Kewujudan gejala stress di kalangan pekerja bahagian operasi di BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd Gebeng Kuantan

Ismail, Zuraina (2007) Kewujudan gejala stress di kalangan pekerja bahagian operasi di BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd Gebeng Kuantan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Bidang pekerjaan dewasa ini sentiasa memerlukan kita menghadapi cabaran dan pembaharuan dalam dunia teknologi maklumat. Ianya ada kaitan dengan gejala stress yang dihadapi oleh pekerja di tempat kerja masing-masing. Kajian ini telah dijalankan di sebuah kilang petrokima iaitu sebuah syarikat usaha sarna antarabangsa dan tempatan yang telah berusia sepuluh tahun. Ada petunjuk bahawa terdapat gejala stres di tempat kerja ini di mana dua orang pekerja telah di rujuk kepada pakar psikiatri untuk rawatan lanjutan kerana hasil komplikasi stres di tempat kerja. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti apakah kewujudan atau pun prevalens gejala stres di kalangan pekerja bahagian operasi di kilang BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd. Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumbalas dari setiap pekerja tempatan yang berkhidmat secara tetap di kilang ini. Pengumpulan data telah mengambil masa selama satu bulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud gejala stres di kalangan pekerja di bahagian operasi di kilang ini. Ini mungkin kerana mengikut kajian ini, didapati persepsi untuk mengatasi stres adalah sangat tinggi di kalangan pekerja yang mampu untuk mengatasi stres harian mereka. Kajian ini juga memberikan gambaran bahawa punca utama stres bukanlah dari tempat kerja sepenuhnya tetapi adalah dari faktor luaran yang lain juga. Berpandukan kajian ini, pihak pengurusan dapat menentukan jenis program promosi kesihatan mental yang sesuai di kilang BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Zuraina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Suppiah, Ratha Krishnan
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Labor. Work environment
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Petroleum industry and trade
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > Faculty of Business and Management
Programme: Diploma in Business Management
Keywords: Stress, Tempat kerja, BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd Gebeng Kuantan
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116209
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116209.PDF] Text
116209.PDF

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
  • Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Al-Bukhari | Kampus Jengka, Pahang
Item Status:
On Shelf

ID Number

116209

Indexing

Statistic

Statistic details