Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Syamil bin Mohd Syukri usahawan muda

Ahmad Riza, Farah Farhanim and Mohd Ashari, Siti Nur Aisyah (2025) Transkrip wawancara bersama Encik Mohd Syamil bin Mohd Syukri usahawan muda. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama graduan luar negara jurusan Mekanikal dari Takushoku University, Jepun, iaitu En. Mohd Syamil Mohd Syukri untuk mengetahui tentang pengalaman perniagaan beliau dalam bidang perniagaan makanan tradisional iaitu akok. Temubual ini telah dijalankan melalui platform Google Meet. Tarikh temubual tersebut adalah pada 29 November 2024 bermula pada jam pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Kedai Akok Pok Long sudah beroperasi sejak tahun 2021 pada bulan ramadhan dan berkembang di negeri Kelantan dari masa ke masa sehingga mempunyai 3 cawangan iaitu Jalan Kota Bharu ke Pasir Puteh, Jalan Perol, dan Pulau Melaka. Perbezaan perniagaan kuih Akok Pok Long dengan kuih akok yang lain adalah En. Mohd Syamil mengunakan resepi dan adunan sendiri yang mengetengahkan rasa manis, lemak manis, kurang hanyir telur serta kaedah pembakaran yang baru dalam industri akok. Pengusaha akok ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat untuk tetap berjaya dalam bidang perniagaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112435.pdf]
Text
112435.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics