Abstract
Satu kajian mengenai keperluan maklumat pensyarah wanita di IPTAIIPTS di Negeri Melaka telah dialankan. Empat (4) objektfl kajian telah dikenalpasti: 1) Mengenalpasti keperluan maklumat. 2)Mengenalpasti jenis maklumat yang diperlukan. 3) Mengenalpasti medium mak/umat yang sering atau jarang dirujuk dan 4) Mengenalpasti faktor pendorong dan penghalang kepada keperluan maklumat pensyarah wanita di IPTA dan IPTS di negeri Melaka. Penyelidik-penyelidik telah mengunapakai kaedah quantitatif bagi mencapai matlamat kajian. Seramai 69 pensyarah di Negeri Melaka telah menyertai kajian ini. Mereka terdiri dari pensyarah bidang sains sosial, pengurusan dan sains teknologi. Keperluan maklumat mereka adalah untuk menambahkan ilmu, mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan diri sendiri dan memperbaiki diri. Majoriti pensyarah mendapatkan maklumat untuk pengemaskinian maklumat berterusan khasnya bidang pendidikan. Peserta lebih gemar mencari maklumat melalui internet diikuti dengan bahan bercetak. Faktor pendorong peserta dalam pencarian maklumat adalah untuk mengetahui perkembangan dunia semasa dan mengisi masa lapang. Faktor penghalang kepada pencarian maklumat pula kekurangan bahan maklumat yang diperlukan, pengaksesan maklumat melalui internet terhad, kurangnya kepakaran atau kemahiran pencarian maklumat dan kerahsiaan maklumat of eh pihak tertentu dalam mendedahkan maklumat menyukarkan pihak pensyarah untuk membuat permohonan maklumat secara bertulis untuk mendapatkan kerjasama.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang Mukhtar, Sobariah UNSPECIFIED Hashim, Dang Merduwati UNSPECIFIED Mohamed Shuhidan, Shamila UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Statistical methods |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Keywords: | Pencarian maklumat, jenis maklumat, medium maklumat, faktor pendorong, faktor penghalang |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/92321 |
Download
92321.PDF
Download (339kB)