Abstract
Negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan nama Cik Siti Wan Kembang ini terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia turut dikenali sebagai ‘tanah kilat’ yang bermaksud negeri pertanian dengan sawah menghijau, kampung nelayan dan juga pantai casuarina. Maka tidak hairanlah budaya serta gaya hidup masyarakat di sini agak berbeza dengan budaya Melayu ditempat lain. Selain terkenal dengan budaya tradisi, pantai yang indah dan lokasi membeli-belah, Tanah Serendah Sekebun Bunga ini juga sebenarnya 'syurga makanan. Malah, makanan yang terdapat di negeri Kelantan ini juga cukup berbeza dari negeri lain di seluruh Semenanjung. Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan dan kuih-muih yang sedap walaupun namanya banyak yang pelik dan ada juga nama yang mengerikan tetapi rasanya sedap. Anda boleh merasai pelbagai kuih tradisi negeri Kelantan yang pastinya sedap dan tidak mengecewakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Other) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azim Suhaimi, Muhamad 2019612732 |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > Cooking, Malay T Technology > TX Home economics > Cooking > Baking. Confectionery > Desserts, pies, and puddings. Pastry > Malaysia > Kelantan |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan |
Related URLs: | |
Keywords: | kuih unik, Kelantan, makanan, pameran maya |
Date: | 18 January 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80734 |