Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan definisi, fungsi dan pembinaan sistem saliran yang menggunakan pelbagai jenis longkang seperti precast v-shape, u-shape dan o-shape. Penulisan laporan ini berpandukan kepada pemerhatian selama lima bulan ditempatkan di tapak pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. FBS Bina Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pemaju perumahan dan pemiagaan. Antara projek yang dijayakan oleh FBS Bina Sdn. Bhd. ialah membina dan menyiapkan sistem pengairan tersier dan kerja-kerja berkaitan untuk projek MADA. Bahagian seterusnya menerangkan kaedah-kaedah pembinaan sistem saliran permukaan secara terperinci. Penulisan laporan ini juga akan menerangkan masalah yang sering berlaku semasa pembinaan dan bagaimana masalah tersebut ditangani. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pembinaan sistem saliran dan tujuan sistem saliran dibina.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Shukri, Mohd Hafizi 2010238632 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED Thesis advisor Yahaya, Noor Azam UNSPECIFIED Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | pembinaan sistem saliran permukaan, longkang, tapak pembinaan |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80492 |