Pembinaan struktur kekuda bumbung jenis keluli / Ayu Raskina Rabudin

Rabudin, Ayu Raskina (2010) Pembinaan struktur kekuda bumbung jenis keluli / Ayu Raskina Rabudin. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan sesebuah kekuda bumbung jenis keluli besi. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latarbelakang syarikat dan latarbelakang projek pembinaan. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat di tapak projek, pembinaan sesebuah kekuda bumbung bagi bangunan tidak semudah dilakukan kerana memerlukan banyak pihak dan proses pembinaan yang rumit. Di dalam laporan ini, kajian teoritikal diterangkan secara ringkas mengenai jenis­jenis, proses dan komponen utama sesebuah bumbung. Selain itu, diterangkan mengenai kaedah yang terlibat dan bahan digunapakai dalam pembinaan sesebuah bumbung yang merangkumi pembinaan kekuda bumbung dan pemasangan kemasan bumbung. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kaedah pembinaan struktur kekuda bumbung jenis keluli telah dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai kesimpulanya, diharapkan laporan ini dapat menjelaskan secara terperinci kepada pembaca mengenai kaedah pembinaan kekuda bumbung jenis keluli secara pratikal.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rabudin, Ayu Raskina
2007146373
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mohamed, Mohamed Rizal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ramli, Mohd Haiqal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Roofing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: pembinaan, struktur kekuda bumbung, keluli
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80483
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80483.pdf] Text
80483.pdf

Download (25MB)

ID Number

80483

Indexing

Statistic

Statistic details