Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan sesebuah kekuda bumbung jenis keluli besi. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latarbelakang syarikat dan latarbelakang projek pembinaan. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat di tapak projek, pembinaan sesebuah kekuda bumbung bagi bangunan tidak semudah dilakukan kerana memerlukan banyak pihak dan proses pembinaan yang rumit. Di dalam laporan ini, kajian teoritikal diterangkan secara ringkas mengenai jenisjenis, proses dan komponen utama sesebuah bumbung. Selain itu, diterangkan mengenai kaedah yang terlibat dan bahan digunapakai dalam pembinaan sesebuah bumbung yang merangkumi pembinaan kekuda bumbung dan pemasangan kemasan bumbung. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kaedah pembinaan struktur kekuda bumbung jenis keluli telah dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai kesimpulanya, diharapkan laporan ini dapat menjelaskan secara terperinci kepada pembaca mengenai kaedah pembinaan kekuda bumbung jenis keluli secara pratikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rabudin, Ayu Raskina 2007146373 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Roofing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | pembinaan, struktur kekuda bumbung, keluli |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80483 |