Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan sesebuah kawasan tempat letak kereta berbitumen. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Projek ini terletak di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pembinaan kawasan tempat letak kereta berbitumen bukanlah semudah yang disangka kerana, ia melibatkan proses pembinaan yang rumit. Di dalam laporan ini diterangkan mengenai kajian teoritikal tentang bahan dan jentera yang digunakan. Kemudian diterangkan dengan lebih terperinci tentang kaedah pembinaan proses pembinaan telah dikenalpasti dan di dalam laporan ini telah dapat memberi gambaran yang jelas kepada pembaca tentang kaedah pembinaan tempat letak kereta dengan betul. Dinyatakan tentang kaedah penyelesaiannya. Diharap laporan lni dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pembinaan tempat letak kereta berbitumen secara praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamarudin, Mohamad Zamani 2008213742 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Jamil, Siti Jamiah Tun UNSPECIFIED Thesis advisor Abd Hadi, Nurul Huda UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | kaedah pembinaan, tempat letak kereta berbitumen, bahan dan jentera |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80477 |