Abstract
Tangki simpanan air adalah salah satu elemen penting dalam sistem retikulasi air. Ia memainkan peranan yang penting dalam memastikan bekalan air mencukupi sepanjang masa dan merupakan salah satu aktiviti pembinaan dalam kejuruteraan awam. Sejak kebelakangan ini, penggunaan tangki simpanan air yang diperbuat dari polimer bertetulang gentian (FRP) telah meningkat dan mula mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Ia juga dijangka akan menjadi bahan binaan alternatif di masa hadapan. Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai Tangki Simpanan Air 'G-Cistern' FRP. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman, pengamatan dan pemantauan penulis selama enam bulan ditempatkan di tapak pembinaan. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pemasangan tangki simpanan air tidak semudah yang disangkakan. Ia melibatkan banyak pihak dan kaedah pembinaan adalah rumit. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi jenis bahan tangki dan kelebihan bahan tersebut. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaedah pemasangan tangki simpanan air dan syarat-syarat pemasangan tangki tersebut. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pemasangan tangki simpanan air secara praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rusli, Abdul Razak 2008213456 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Tun Jamil, Siti Jamiah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | tangki simpanan air, polimer bertetulang gentian, kajian teoritikal |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79686 |