Abstract
Aluminium adalah salah satu bahan yang terkenal pada masa sekarang keranaciri-ciri baik yang dipersembahkan seperti ketahanan, rekabentuk fleksibel,kemasan permukaan, kekonduksian haba, nilai estetik, kitar semula dan Iain lain lagi. Merujuk kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL),1984 di bawah bahagian (V) menyatakan apa-apa bahan yang digunakan bagi mendirikan sesuatu bangunan hendaklah daripada jenis dan kualiti yang sesuai.Walaupun begitu, ramai lagi yang masih belum tahu akan kelebihan bahan binaan aluminium ini, oleh kerana itu kajian ini amat penting bagi mendedahkan keupayaan bahan ini yang bersesuaian dengan bangunan moden sekarang. Dalam kajian ini, ciri-ciri aluminium akan dibandingkan dengan Iain lain bahan untuk menilai kelebihannya. Malah daripada pemantauan pada kawasan kajian kes telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan kerana sesetengah elemen menggunakan bahan aluminium. Secara tidak langsung, keadaan ini jelas menonjolkan lagi kelebihan bahan ini, malahan hasil analisis soal selidik juga mengambarkan keadaan yang sama. Sebagai kesimpulan keseluruhannya, penggunaan bahan binaan aluminium adalah sangat sesuai untuk diaplikasikan sebagai salah satu elemen dalam industry binaan di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Ismail, Mohd Suhaimi 2006211892 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jamaludin, Nazhatulzalkis UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Materials of engineering and construction > Physical properties T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Materials of engineering and construction > Aluminum T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > Metallurgy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Building Surveying (Hons) |
Keywords: | Pembinaan, aluminium, bahan |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77885 |
Download
77885.PDF
Download (17kB)