Abstract
Pada masa kini, pembangunan projek infrastruktur banyak dapat dilihat di kawasan-kawasan membangun mahupun di kawasan pendalaman. Pembangunan projek infrastruktur ini membangun selaras dengan kemajuan semasa. Kajian yang dijalankan ini bertujuan bagi mengetahui serba sedikit tentang kaedah pembinaan longkang dan perkara yang berkaitan dengannya. Laporan ini dimulakan dengan pengenalan berkenaan isu semasa berkenaan pembinaan longkang, latar belakang syarikat dan serba-sedikit tentang kaedah pembinaan longkang. Hasil daripada pemerhatian ini mendapati pembinaan infrastruktur seperti pembinaan longkang merupakan satu elemen terpenting dalam sektor pembangunan di Malaysia. Daripada kesimpulan yang didapati, terdapat beberapa langkah yang harus diketahui bagi membina dan menyiapkan projek pembinaan longkang. Selain itu, ada juga serba sedikit penerangan pihak yang terlibat dalam menyiapkan kerja tersebut. Projek pembinaan ini bukanlah semudah yang disangkakan, tanpa kepakaran yang teliti, akan terdapat pelbagai masalah yang akan berlaku. Laporan ini telah diakhiri dengan cadangan dan penyelesaian dalam menghadapi masalah tersebut.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zahurin, Mohd Nazrin 2007144383 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abdul Hadi, Nurul Huda UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Plumbing and pipefitting |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah, pemasangan longkang, projek infrastruktur |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77663 |