Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai perbezaan antara dua jenis borang kontrak yang sering digunapakai di dalam industri pembinaan di Malaysia. Borang Kontrak Tersebut adalah Borang Kontrak PAM 2006 yang diterbitkan oleh Persatuan Arkitek Malaysia dan Borang Kontrak Seragam JKR 203A yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk membandingkan perbezaan yang terdapat di dalam kedua-dua borang kontrak tersebut. lsu yang dijadikan contoh untuk membezakan kedua-dua kandungan borang kontrak ini adalah berkaitan isu-isu seperti penyediaan dokumen kontrak antara kontraktor dan sub kontraktor, 'programme' dan 'as-built drawings' serta isu berkaitan tugasan dan sub-kontrak. Objektif kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti borang-borang kontrak yang digunapakai oleh majikan terutama untuk projek-projek swasta serta cara-cara mendokumentasikan kontrak oleh majikan. Objektif lain adalah menyenaraikan perbezaan yang terdapat di dalam borangborang kontrak yang sering digunapakai dengan menjurus kepada klausa-klausa berkaitan serta mengenalpasti kelebihan serta kelemahan yang terdapat di dalam borang-borang kontrak tersebut. Secara kesimpulanya, laporan ini dapat membantu pelajar mengetahui kandungan-kandungan yang terdapat di dalam kedua-dua borang kontrak yang sering digunapakai oleh kontraktor yang mana kedua-duanya adalah penting di dalam mentadbir sesebuah kontrak pembinaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mokhtar, Siti Rohaya 2007105467 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Haiqal UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Contractors |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | Borang Kontrak 203A, PAM 2006, Kontraktor |
Date: | May 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77638 |