Penggunaan 'spun pile' di Jambatan Sungai Kempas, Johor Bharu / Nurulafifa Mohd Yusop

Mohd Yusop, Nurulafifa (2010) Penggunaan 'spun pile' di Jambatan Sungai Kempas, Johor Bharu / Nurulafifa Mohd Yusop. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Secara ringkasnya penggunaan cerucuk adalah sangat penting bagi kerja bawah tanah untuk memastikan sesuatu kerja pembinaan tersebut kukuh serta tahan dalam jangka masa yang panjang. Dalam kajian kes ini, 'Spun Pile' adalah cerucuk yang ditekankan kerana didapati penggunaan 'Spun Pile' adalah paling kerap digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. 'Spun Pile' juga merupakan cerucuk yang mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan cerucuk-­cerucuk lain serta kosnya lebih berpatutan. Dalam kajian ini juga diterangkan mengenai langkah-langkah perlaksanaan 'Spun Pile' iaitu daripada kerja semasa mengangkat, penyediaan dan pemasangan 'Spun Pile' di tapak bina. Selain itu, ujian terhadap tanah perlu dilakukan supaya tapak untuk menanam cerucuk adalah sesuai dengan jenis cerucuk yang akan ditanam. lni penting untuk mengelakkan sebarang ketidaksuaian antara jenis cerucuk dengan jenis tanah. Bagi kerja pembenaman 'Spun Pile', mesin jek hidraulik digunakan kerana mesin ini merupakan sebuah mesin yang senyap dan sangat menjimatkan masa serta mempunyai keberkesanan teknologi yang tinggi. Kesimpulannya, diharapkan laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada pembaca mengenai penggunaan 'Spun Pile' di tapak bina

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77577.pdf]
Text
77577.pdf
Download (38MB)
Indexing & Metrics