Abstract
Secara ringkasnya penggunaan cerucuk adalah sangat penting bagi kerja bawah tanah untuk memastikan sesuatu kerja pembinaan tersebut kukuh serta tahan dalam jangka masa yang panjang. Dalam kajian kes ini, 'Spun Pile' adalah cerucuk yang ditekankan kerana didapati penggunaan 'Spun Pile' adalah paling kerap digunakan dalam kerja-kerja pembinaan. 'Spun Pile' juga merupakan cerucuk yang mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan cerucuk-cerucuk lain serta kosnya lebih berpatutan. Dalam kajian ini juga diterangkan mengenai langkah-langkah perlaksanaan 'Spun Pile' iaitu daripada kerja semasa mengangkat, penyediaan dan pemasangan 'Spun Pile' di tapak bina. Selain itu, ujian terhadap tanah perlu dilakukan supaya tapak untuk menanam cerucuk adalah sesuai dengan jenis cerucuk yang akan ditanam. lni penting untuk mengelakkan sebarang ketidaksuaian antara jenis cerucuk dengan jenis tanah. Bagi kerja pembenaman 'Spun Pile', mesin jek hidraulik digunakan kerana mesin ini merupakan sebuah mesin yang senyap dan sangat menjimatkan masa serta mempunyai keberkesanan teknologi yang tinggi. Kesimpulannya, diharapkan laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada pembaca mengenai penggunaan 'Spun Pile' di tapak bina
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusop, Nurulafifa 2007105473 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | spun pile, pembinaan bawah tanah, teknologi |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77577 |