Abstract
Falsetto dan head voice adalah dua teknik yang berbeza yang digunakan di dalam nyanyian. Walaubagaimanapun kefahaman mengenai kedua teknik ini tidak begitu memuaskan. Ini adalah disebabkan kurangnya pendedahan teknik nyanyian dengan cara yang betul. Sehubungan dengan ini, penulis cuba menerangkan kepentingan serta kegunaan teknik falsetto dan head voice di dalam menghasilkan nyanyian yang berkualiti. Kajian ini juga bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar dan juga penyanyi agar dapat menyedari betapa pentingnya penggunaan teknik falsetto dan head voice di dalam nyanyian. Walaupun ada di antara penyanyi di Malysia yang menggunakan kedua-dua teknik ini di dalam nyanyian mereka, tapi kebanyakannya tidak mengetahui teknik nyanyian yang mereka gunakan. Selain itu kerana kurangnya pengetahuan dalam menghasilkan sebuah teknik nyanyian yang betul mengakibatkan kualiti nyanyian yang dihasilkan banyak kelemahannya, contoh yang ketara adalah dari segi pernafasan. Seperti yang diketahui peranan pernafasan adalah penting di dalam menghasilkan nyanyian yang baik.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Halim, Khaifiza 95969141 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ghazali, Ghaziah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Indexes (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Music |
Programme: | Bachelor of Music Education (Hons) |
Keywords: | falsetto, head voice, nyanyian |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77233 |
Download
77233.pdf
Download (145kB)