Pemasangan kekuda bumbung keluli / Nurul 'Ain Mohd Ghazali

Mohd Ghazali, Nurul Ain (2009) Pemasangan kekuda bumbung keluli / Nurul 'Ain Mohd Ghazali. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Pada masa kini, penggunaan struktur keluli adalah biasa digunakan dalam industri pembinaan. Pengetahuan dan pemahaman mengenai keadaan sebenar sambungan keluli seperti sambungan kekuda bumbung keluli menggunakan bolt ataupun kimpalan adalah penting bagi menghasilkan rekabentuk yang selamat dan ekonomi. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan bagi mendapatkan keadaan sebenar kaedah-kaedah yang digunakan untuk pemasangan kekuda bumbung keluli. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui masalah sebenar tentang pemasangan kekuda bumbung keluli ini. Kajian dimulakan dengan mencari maklumat tentang teoritikal pemasangan kekuda bumbung keluli. Antaranya ialah penggunaan keluli dalam industri, ciri-ciri keluli, cara-cara penyambungan keluli, kebaikan dan keburukan keluli dan sebagainya. Penggunaan kekuda bumbung keluli memberikan pelbagai faedah kepada pembinaan industri sekarang kerana penggunaan keluli yang mudah dan senang. Kebaikan lebih banyak daripada keburukan sekiranya keluli digunakan dalam pemasangan kekuda bumbung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77180.pdf]
Text
77180.pdf
Download (40MB)
Indexing & Metrics