Abstract
Pada masa kini, penggunaan struktur keluli adalah biasa digunakan dalam industri pembinaan. Pengetahuan dan pemahaman mengenai keadaan sebenar sambungan keluli seperti sambungan kekuda bumbung keluli menggunakan bolt ataupun kimpalan adalah penting bagi menghasilkan rekabentuk yang selamat dan ekonomi. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan bagi mendapatkan keadaan sebenar kaedah-kaedah yang digunakan untuk pemasangan kekuda bumbung keluli. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengetahui masalah sebenar tentang pemasangan kekuda bumbung keluli ini. Kajian dimulakan dengan mencari maklumat tentang teoritikal pemasangan kekuda bumbung keluli. Antaranya ialah penggunaan keluli dalam industri, ciri-ciri keluli, cara-cara penyambungan keluli, kebaikan dan keburukan keluli dan sebagainya. Penggunaan kekuda bumbung keluli memberikan pelbagai faedah kepada pembinaan industri sekarang kerana penggunaan keluli yang mudah dan senang. Kebaikan lebih banyak daripada keburukan sekiranya keluli digunakan dalam pemasangan kekuda bumbung.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ghazali, Nurul Ain 2007130129 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ramli, Haikal UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Roofing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | pemasangan, kekuda bumbung keluli, industri pembinaan |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77180 |