Kaedah pembinaan struktur bangunan berasaskan konkrit bertetulang / Nur Atirah Kamaruzaman

Kamaruzaman, Nur Atirah (2012) Kaedah pembinaan struktur bangunan berasaskan konkrit bertetulang / Nur Atirah Kamaruzaman. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Penulis telah memilih Tirai Kesuma Sdn. Bhd. sebagai tempat menjalani latihan industri ini. Sepanjang bersama syarikat ini penulis ditempatkan di tapak projek Cadangan Pembangunan Pusat Perniagaan Bandar Barn Tunjung, Kota Bharu dan diletakkan dibawah seliaan penyelia tapak Encik Faizul Riza Ghazali. Memandangkan semasa saya memulakan latihan industri di syarikat ini projek ini telah berjalan sekitar lima bulan. Jadi kerja yang sedang rancak dijalankan ialah pembinaan struktur bangunan yang berasaskan konkrit bertetulang. Secara amnya, bangunan ini menggunakan konkrit bertetulang pada keseluruhan struktur bangunannya. Kaedah pembinaan ini dilakukan mengikut peringkat dan dilakukan oleh tenaga kerja mahir yang diupah. Sebelum proses bermula, kerja-kerja besi dilakukan oleh tukang besi bagi menyediakan besi tetulang yang akan digunakan mengikut ukuran yang telah dinyatakan di dalam pelan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77138.pdf]
Text
77138.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics