Abstract
Penulis telah memilih Tirai Kesuma Sdn. Bhd. sebagai tempat menjalani latihan industri ini. Sepanjang bersama syarikat ini penulis ditempatkan di tapak projek Cadangan Pembangunan Pusat Perniagaan Bandar Barn Tunjung, Kota Bharu dan diletakkan dibawah seliaan penyelia tapak Encik Faizul Riza Ghazali. Memandangkan semasa saya memulakan latihan industri di syarikat ini projek ini telah berjalan sekitar lima bulan. Jadi kerja yang sedang rancak dijalankan ialah pembinaan struktur bangunan yang berasaskan konkrit bertetulang. Secara amnya, bangunan ini menggunakan konkrit bertetulang pada keseluruhan struktur bangunannya. Kaedah pembinaan ini dilakukan mengikut peringkat dan dilakukan oleh tenaga kerja mahir yang diupah. Sebelum proses bermula, kerja-kerja besi dilakukan oleh tukang besi bagi menyediakan besi tetulang yang akan digunakan mengikut ukuran yang telah dinyatakan di dalam pelan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruzaman, Nur Atirah 2010207782 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Yahaya, Noor Azam UNSPECIFIED Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Construction equipment in building |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pembinaan, struktur bangunan, jentera dan peralatan |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77138 |