Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan dinding kedap bunyi. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama lima bulan di tempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Hasil pemerhatian mendapati kaedah pembinaan dinding kedap bunyi adalah berbeza dengan kaedah pembinaan dinding biasa iaitu dari segi bahan binaan yang digunakan. Penggunaan bahan kedap bunyi dalam sesuatu pembinaan memerlukan pekerja yang mahir dalam proses pembinaannya. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas jenis-jenis bahan yang digunakan dalam pembinaan dinding kedap bunyi. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kaedah yang terlibat dan digunapakai dalam pembinaan dinding kedap bunyi ini. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kaedah pembinaan dinding kedap bunyi telah dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Kesimpulannya, laporan ini menjelaskan secara terperinci proses dan kaedah pembinaan dinding kedap bunyi secara praktikal kepada pembaca.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohamad Saufi 2010253368 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Suryani UNSPECIFIED Thesis advisor Yahya, Noor Azam UNSPECIFIED Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pembinaan, dinding kedap bunyi, pawagam |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77121 |