Kaedah pemasangan lantai kayu / Mohamad Asrul Nizam Mohd Asari

Mohd Asari, Mohamad Asrul Nizam (2012) Kaedah pemasangan lantai kayu / Mohamad Asrul Nizam Mohd Asari. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Secara ringkasnya, laporan ini menerangkan tentang kemasan pada bangunan, khususnya tentang kemasan lantai. Ia meliputi tentang kaedah pembinaan atau pemasangan kemasan lantai. Segala ilmu dan pengalaman selama lima bulan menjalani latihan praktik menjadi sumber utama untuk menyiapkan kajian kes mengenai salah satu jenis kemasan lantai, iaitu lantai kayu. Bagi memenuhi kehendak dalam menyiapkan laporan ini, objektif kajian telah ditetapkan, iaitu bagi mengenalpasti tentang proses pemasangan lantai kayu. Tambahan, kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian sebagai sumber data primari bagi menyiapkan laporan ini. Hasil pemerhatian mendapati bahawa, keberkesanan sesuatu sistem kemasan lantai bergantung ciri-ciri kemasan lantai tersebut. Lantai yang berkualiti haruslah tahan lasak dan mempunyai kekuatan bagi menanggung semua jenis aktiviti baik di dalam bangunan. Di dalam bahagian kajian kes, telah menerangkan tentang kaedah pemasangan lantai kayu yang akan melalui enam proses bermula dengan kerja-kerja perancangan dan spesies, pembersihan dan persiapan sub lantai, penetapan garisan permulaan, pemasangan lantai kayu, mengempelas dan lapisan akhir. Kedua, mengenal pasti peralatan­-peralatan yang digunakan untuk kerja pemasangan lantai kayu. Kesimpulannya, laporan ini diharap akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang topik kemasan lantai kepada para pembaca berdasarkan kajian kes.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Asari, Mohamad Asrul Nizam
2009341501
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Mat Hasan, Hasni Suryani
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Sulaiman, Azim
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Tun Jamil, Siti Jamiah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: kaedah pemasangan, lantai kayu, peralatan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76951
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76951.pdf] Text
76951.pdf

Download (22MB)

ID Number

76951

Indexing

Statistic

Statistic details