Abstract
Secara ringkasnya, laporan ini menerangkan tentang kemasan pada bangunan, khususnya tentang kemasan lantai. Ia meliputi tentang kaedah pembinaan atau pemasangan kemasan lantai. Segala ilmu dan pengalaman selama lima bulan menjalani latihan praktik menjadi sumber utama untuk menyiapkan kajian kes mengenai salah satu jenis kemasan lantai, iaitu lantai kayu. Bagi memenuhi kehendak dalam menyiapkan laporan ini, objektif kajian telah ditetapkan, iaitu bagi mengenalpasti tentang proses pemasangan lantai kayu. Tambahan, kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian sebagai sumber data primari bagi menyiapkan laporan ini. Hasil pemerhatian mendapati bahawa, keberkesanan sesuatu sistem kemasan lantai bergantung ciri-ciri kemasan lantai tersebut. Lantai yang berkualiti haruslah tahan lasak dan mempunyai kekuatan bagi menanggung semua jenis aktiviti baik di dalam bangunan. Di dalam bahagian kajian kes, telah menerangkan tentang kaedah pemasangan lantai kayu yang akan melalui enam proses bermula dengan kerja-kerja perancangan dan spesies, pembersihan dan persiapan sub lantai, penetapan garisan permulaan, pemasangan lantai kayu, mengempelas dan lapisan akhir. Kedua, mengenal pasti peralatan-peralatan yang digunakan untuk kerja pemasangan lantai kayu. Kesimpulannya, laporan ini diharap akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang topik kemasan lantai kepada para pembaca berdasarkan kajian kes.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Asari, Mohamad Asrul Nizam 2009341501 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mat Hasan, Hasni Suryani UNSPECIFIED Thesis advisor Sulaiman, Azim UNSPECIFIED Thesis advisor Tun Jamil, Siti Jamiah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pemasangan, lantai kayu, peralatan |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76951 |