Penggunaan konkrit siap bancuh di tapak bina / Mohamad Syihabuddin Jusoh

Jusoh, Mohamad Syihabuddin (2009) Penggunaan konkrit siap bancuh di tapak bina / Mohamad Syihabuddin Jusoh. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Penggunaan konkrit siap bancuh ditapak bina merupakan tajuk utama dalam laporan ini. Ia dihasilkan daripada kajian selama enam bulan di tapak pembinaan. Selama saya di tugaskan di tapak bina penggunaan konkrit hanyalah bergantung kepada konkrit siap bancuh. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan ia dimulakan dengan latar belakang syarikat dan skop kajian mengenai konkrit siap bancuh. Syarikat Mira Murni merupakan sebuah syarikat kontraktor kelas A. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dengan pelbagai projek sudah disiapkan. Trustar merupakan pembekal konrit siap bancuh ditapak bina. Tempat bancuh konkrit terletak di kawasan Kg Apal kira-kira 7 kilometer dari tapak bina. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi gred konkrit yang biasa digunakan di tapak bin, pembaziran yang berlaku, purata jarak dan masa yang diambil. Semasa penghantaran dan proses pengkongkritan dijalankan terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dan laporan ini diakhiri dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah dikenalpasti. Sebagai kesimpulanya, diharapkan agar laporan ini dapat memberi sedikit maklumat kepada para pembaca mengenai konkrit siap bancuh.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76938.pdf]
Text
76938.pdf
Download (20MB)
Indexing & Metrics