Abstract
Penggunaan konkrit siap bancuh ditapak bina merupakan tajuk utama dalam laporan ini. Ia dihasilkan daripada kajian selama enam bulan di tapak pembinaan. Selama saya di tugaskan di tapak bina penggunaan konkrit hanyalah bergantung kepada konkrit siap bancuh. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan ia dimulakan dengan latar belakang syarikat dan skop kajian mengenai konkrit siap bancuh. Syarikat Mira Murni merupakan sebuah syarikat kontraktor kelas A. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dengan pelbagai projek sudah disiapkan. Trustar merupakan pembekal konrit siap bancuh ditapak bina. Tempat bancuh konkrit terletak di kawasan Kg Apal kira-kira 7 kilometer dari tapak bina. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi gred konkrit yang biasa digunakan di tapak bin, pembaziran yang berlaku, purata jarak dan masa yang diambil. Semasa penghantaran dan proses pengkongkritan dijalankan terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dan laporan ini diakhiri dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah dikenalpasti. Sebagai kesimpulanya, diharapkan agar laporan ini dapat memberi sedikit maklumat kepada para pembaca mengenai konkrit siap bancuh.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jusoh, Mohamad Syihabuddin 2007206312 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | penggunaan konkrit siap bancuh, tapak pembinaan |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76938 |