Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala kaedah dan proses yang terlibat dalam pembinaan bumbung. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah dilalui oleh penulis selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini juga dikategorikan kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Penulis telah menjalankan praktikal di Syarikat Delima Gagah Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat kontraktor kelas 'B'. Syarikat ini mempunyai anak syarikat seperti Kazren Trading Sdn. Bhd. Ambang Tenggara Sdn. Bhd. dan Bidin Engineering. Oleh yang demikian, penulis telah ditempatkan disalah sebuah anak syarikat Delima Gagah laitu Ambang Tenggara Sdn. Bhd. Projek pembinaan yang dijalankan oleh anak syarikat ini ialah projek perumahan setingkat 178 unit di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang. Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan, penulis mendapati bahawa pembinaan bumbung adalah tidak semudah yang disangkakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wahab, Mohamad Shahrul Waizan 2003125419 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Zahari, Wan Akmal UNSPECIFIED Thesis advisor Ismail, Asmat UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Roofing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pembinaan, bumbung, komponen utama |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76791 |