Surau sekolah sebagai medium pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah Daerah Petaling Utama / Nor Liza Kila

Kila, Nor Liza (2022) Surau sekolah sebagai medium pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah Daerah Petaling Utama / Nor Liza Kila. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk melakukan ibadah tetapi juga sebagai salah satu tempat pembelajaran dan pemudah caraan yang terdapat di sekolah rendah. Malah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya surau sekolah berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop center ) dalam Majlis Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM 2018. Ia merupakan salah satu tempat yang perlu disediakan oleh pihak sekolah sebagai satu kemudahan asas di setiap sekolah yang mempunyai lebih daripada 15 orang murid Islam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap prasarana fizikal dan ergonomik. Di samping itu untuk melihat tahap penggunaan surau dalam bidang PDPc dan juga bidang Ibadah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang telah dijalankan ke atas 186 guru Pendidikan Islam di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Setiap data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap prasarana fizikal dan ergonomik berada di tahap tinggi, manakala tahap penggunaan dalam PDPc dan ibadah juga berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan daripada analisis inferens dengan menggunakan one way ANOVA pula telah didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap prasarana dan tahap penggunaan dengan zon sekolah pada aras (p<0.05), manakala tidak wujud perbezaan pada aras(p<0.05) antara tahap prasarana dan tahap penggunaan berdasarkan pengalaman mengajar guru Pendidikan Islam. Sebagai rumusannya kajian ini mendapati prasarana surau sekolah berada dalam keadaan baik dan masih boleh dibuat penambahan untuk menjadikan kelengkapan yang lebih baik.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kila, Nor Liza
2017801146
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abd Rahim, Syuhaida Idha
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana (Pengajian Islam Kontemporari)
Keywords: Konsep PDPc , surau sekolah, pusat sehenti
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75994
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 75994.pdf] Text
75994.pdf

Download (30kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

75994

Indexing

Statistic

Statistic details