Abstract
Kertas kerja ini disediakan adalah dengan tujuan untuk mengesan beberapa masalah yang sering timbul dalam pengutipan cukai yang melibat Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia. Oleh yang demikian Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja Malaysia, Kuantan, Pahang telah dipilih sebagai satu modul untuk mengcsan masalah yang sering timbul dalam masalah tersebut. Secara keseluruhannya bab 1 menerangkan tentang penerangan, ulasan kepustakaan, objektif serta penerangan tentang latarbelakang organisasi Jabatan Kastam dan penekanan yang agak luas diberikan kepada Bahagian Cukai Dalaman iaitu bahagian yang diperlanggungjawabkan untuk mengutip keseluruhan cukai tak langsung yang dikutip oleh pihak kerajaan. Bab 2 pula menerangkan tentang isu pemasalaha yang sering dihadapi oleh Bahgaian Cukai Dalaman dalam menenjalankan tugas harian mereka. Antara masalah yang dihadapi ialah keengganan untuk membayar cukai oleh beberapa pihak, perubahan dalam pengklasfikasian barang dan tarif, tumpuan kerja dan masalah kekurangan kakitangan. Bab 3 pula menerangkan tentang punca berlakunya masalah yang disebutkan di dalam bab 2.Antara punca masalah yang dikesan ialah sikap pembayar cukai sendiri yang enggan membayar cukai, tidak mematuhi prosedur pungutan cukai dan nilai cukai / duti yang sering berubah. Bab 4 pula mencadangkan tentang beberapa jalan penyelesaian bagi menyeksaikan masalah yang timbul antara cadangannya ialah penambahan kakitangan, penambahan kuasa kepada pegawai serta penguasa kastam, penambahan stesyen pemungut cukai, meluaskan penggunaan Sistem Maklutnal Kastam dan penyebaran maklumat kepada pelanggan dengan kadar segera. Bab yang terakhir pula menerangkan tentang kesimpulan kertas projek ini secara kcseluruhannya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamarudin, Ahmad Haifeez 94550345 Abdul Rahim, Azaharuddin 94532262 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Salleh, Norhayati UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HJ Public Finance > Revenue. Taxation. Internal revenue H Social Sciences > HJ Public Finance > Customs administration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Pengutipan cukai; Sikap pembayar cukai; Jabatan Kastam |
Date: | 1997 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75972 |
Download
75972.pdf
Download (605kB)