Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala kaedah dan proses yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian bangunan. Penghasilan laporan ini berpandukan kepada pengalaman penulis berada di pejabat dan juga tapak projek selama tempoh enam bulan. Ianya terbahagi kepada beberapa bahagian penting dan dimulai dengan penerangan pemilihan tajuk kajian, objektif dan skop kajian, dan seterusnya kaedah kajian yang digunakan untuk membuat laporan ini. Latar belakang syarikat juga diterangkan secara ringkas didalam bahagian kedua laporan. Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan meliputi skop yang luas dan melibatkan pihak-pihak tertentu. Di dalam laporan ini, kajian teoritikal meliputi tujuan dan kaedah-kaedah pengubahsuaian bangunan. Kemudian pada bahagian seterusnya, diterangkan pula tujuan dan kaedah-kaedah pengubahsuaian yang digunapakai didalam Bangunan Puduraya dengan lebih mendalam. Semasa proses pengubahsuaian bangunan dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan struktur bangunan dikenalpasti dan disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pengubahsuaian bangunan secara praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Zahrol, Muhammad Ammar 2008213822 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ibrahim, Azira UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Jamil, Siti Jamiah Tun UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Kaedah pengubahsuaian bangunan, Kajian kes, Bangunan Puduraya |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75463 |