Abstract
Proses rekabentuk adalah satu pelan tindakan yang digunakan oleh para juratera, pereka bentuk, saintis dan para teknoiogis bagi menghasilkan sesuatu produk. Oleh kerana proses rekabentuk adalah sesuatu yang sejagat, para pelajar juga boleh menggunakannya untuk mencipta sesuatu reka bentuk yang diinginkan. Di daiam proses industri terdapat di beberapa bahagian dimana sesuatu barangan yang telah diproses akan diubah kedudukannya untuk memudahkan proses seterusnya dijalankan. Contoh proses yang dijalankan ialah mengecap jenama, logo, keterangan-keterangan yang melibatkan barangan tersebut dan Iain-lain lagi. Oleh itu kedudukan barang tersebut mestilah diubah kedudukannya ataupun permukaannya. Jadi satu pengantara, dimana proses barangan tersebut diubah telahpun dikenalpasti. Oleh itu sebahagian daripada proses automasi, 'four-bar lingkage' merupakan salah satu daripada rekabentuk yang digunakan. Jika tenaga manusia digunakan peibagai masalah mungkin akan dihadapi, dimana telah diketahui bahawa manusia ini lebih bersifat mudah jemu, jadi produktiviti akan menurun dan hasil daripadanya mungkin tidak memuaskan atau dengan kata lain, kurang berkualiti. Proses ini memerlukan tindakan yang berterusan untuk menghasilkan bilangan produk dengan cara yang paling pantas dan berkesan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azali, Mohd Shahir 94977165 Ramli, Nor Hafizan 94611504 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Shaari, Ahmad Fakri UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Mechanical drawing. Engineering graphics T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma in Mechanical Engineering |
Keywords: | Rekabentuk, produktiviti, 4-bar linkage |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74883 |
Download
74883.pdf
Download (1MB)