Industri halal Malaysia / Amal Hayati Ishak and Zulaipa Ruzulan

Ishak, Amal Hayati and Ruzulan, Zulaipa Industri halal Malaysia / Amal Hayati Ishak and Zulaipa Ruzulan. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-819-2

Abstract

Industri halal merupakan antara bidang tujahan penting dalam ekonomi Malaysia. Dengan kelebihan populasi Muslim yang besar dan juga komitmen kerajaan meletakkan halal sebagai salah satu kriteria terpenting dalam menyumbang ke arah keteguhan ekonomi Negara, maka pelbagai produk dan juga perkhidmatan halal danpatuh syariah telah ditawarkan bagi merealisasikan pelan kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai hub halal dunia. Oleh yang demikian, penerbitan buku ini adalah bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan konsep halal dan haram berkaitan industri di Malaysia, peruntukan undang-undang halal berkaitan dengannya serta potensi industri halal itu sendiri. Perbincangan buku ini bermula dengan produk yang ditawarkan dan seterusnya perkhidmatan patuh Sshariah. Bab Satu mengulas manifestasi halal dan haram dalam aktiviti kehidupan Muslim yang telah mendapat perhatian global. Kesedaran Muslim terhadap kepentingan halal dalam aktiviti ekonomi telah membuahkan hasil yang sangat positif. Susulan perkembangan ini telah membawa kepada kemunculan pelbagai sektor halal seperti : makanan, kewangan Islam, kosmetik, perubatan, farmaseutikal, fesyen, pelancongan dan rekreasi serta media yang mempengaruhi perkembangan industri halal dalam ekkonomi Islam global.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Amal Hayati
UNSPECIFIED
Ruzulan, Zulaipa
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Food industry and trade. Halal food industry. Certification
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73036
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73036.PDF] Text
73036.PDF

Download (981kB)

ID Number

73036

Indexing

Statistic

Statistic details