Abstract
BUKU Prosedur Operasi Standard (SOP) Rekreasi Luar Kebangsaan ini bertujuan menyeragamkan tatacara operasi bagi organisasi dan individu yang terlibat untuk menganjur dan melaksanakan aktiviti/program rekreasi luar. la berfungsi sebagai sebuah garis panduan keselamatan ketika berekreasi luar dan sumber rujukan dalam memastikan kelancaran perjalanan aktiviti/ program rekreasi luar di seluruh negara. Dokumen SOP ini bermatlamat untuk menggalakkan perlaksanaan program rekreasi luar yang lebih terancang dan selamat serta membudaya dan menyebarluaskan amalannya di seluruh negara. Oleh yang demikian, bagi melestarikan rekreasi luar dan memastikan perlaksanaan aktiviti/program rekreasi luar ini selamat untuk semua yang terlibat, sebuah Prosedur Operasi Standard (SOP) Rekreasi Luar Kebangsaan telah berjaya diterbitkan oleh JBSN. Buku ini ditulis hasil kerjasama panel pakar bidang rekreasi luar daripada pelbagai universiti tempatan, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) dan beberapa agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai panel penulis untuk SOP ini. Penghasilan SOP ini dilaksanakan dengan mengambil kira garis panduan dan SOP tempatan dan antarabangsa seperti daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan pelbagai agensi lain yang terlibat dengan penganjuran aktiviti/ program rekreasi luar di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mat, Hisyam UNSPECIFIED Ibrahim, Nor Rijam UNSPECIFIED Mohamad Daud, Nor Azli UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Performance standards |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
Related URLs: | |
Keywords: | SOP, rekreasi, luar kebangsaan |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72876 |