Keberkesanan laluan pejalan kaki pusat Bandar Banting Kuala Langat / Abdul 'Azhiim Mohamad

Mohamad, Abdul 'Azhiim Keberkesanan laluan pejalan kaki pusat Bandar Banting Kuala Langat / Abdul 'Azhiim Mohamad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Laluan pejalan kaki merupakan salah satu kemudahan yang penting di kawasan bandar. la berfungsi untuk memberikan laluan yang selamat kepada pejalan kaki. Walau bagaimanapun, tidak semua laluan pejalan kaki itu sempurna. Terdapat laluan pejalan kaki yang tidak digunakan ataupun kurang digunakan oleh pejalan kaki di sesuatu kawasan. Bagi melihat keberekesanan dan permasalahan yang terjadi di laluan pejalan kaki dengan lebih lanjut, kajian tersebut di jalankan di Pusat Bandar Banting. Sebagai kawasan kajian, antara masalah laluan pejalan kaki yang wujud di kawasan kajian ialah konflik pertembungan pejalan kaki dan kenderaan yang jelas di laluan pejalan kaki di kawasan tumpuan umum, ketiadaan laluan pejalan kaki di bahu jalan dan laluan pejalan kaki yang terputus-putus di jalan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi dan padat, serta halangan di laluan pejalan kaki. Masalah-masalah ini menyebabkan masalah lain yang berlaku seperti aliran trafik terganggu apabila pejalan kaki tidak menggunakan laluan sediada sebaliknya menjadikan jalanraya sebagai laluan alternatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengemukakan cadangan bersesuaian bagi mengatasi masalah diatas. Kajian dibuat terhadap beberapa aspek iaitu ilmiah, kawasan kajian, garispanduan garispanduan dan Iain-lain yang berkait dalam mengkaji permasalahan yang terdapat di kawasan kajian. Hasil kajian yang dilakukan mendapati terdapat lapan penemuan yang didapati daripada analisis yang dijalankan iaitu aliran putus-putus yang menyumbang kepada pertembungan antara pejalan kaki dan kenderaan, pembinaan laluan baru, halangan di laluan pejalan kaki, kekurangan elemen keselamatan dan keselesaan, kesukaran melintas di kawasan Pusat Bandar Banting, aliran trafik Pusat Bandar Banting tinggi serta kelebaran sediada tidak dapat menampung dua orang berselisih. Antara cadangan yang dikemukakan ialah cadangan pengurusan sistematik di laluan pejalan kaki, pembinaan laluan baru, lintasan zebra, penyediaan rel penghadang, penyediaan lanskap di sisi laluan serta penguatkuasaan undang - undang.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Abdul 'Azhiim
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohamad Zulkifli, Siti Nur Awanis
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Engineering design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Architecture, Planning and Surveying
Keywords: laluan pejalan kaki, Banting
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69766
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69766.pdf] Text
69766.pdf

Download (165kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69766

Indexing

Statistic

Statistic details