Model kompetensi pengurus projek awam: mengenal pasti kompetensi yang kritikal untuk jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Malaysia / Mohmad Mohd Derus, Othman Md. Yunus and Syed Ahmad Qusoiri Syed Abdul Karim

Mohd Derus, Mohmad and Md. Yunus, Othman and Syed Abdul Karim, Syed Ahmad Qusoiri (2008) Model kompetensi pengurus projek awam: mengenal pasti kompetensi yang kritikal untuk jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Malaysia / Mohmad Mohd Derus, Othman Md. Yunus and Syed Ahmad Qusoiri Syed Abdul Karim. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dimensi kompetensi tingkah laku dan teknikal yang kritikal yang diperlukan oleh Jurutera Daerah JKR Malaysia yang cemerlang. Kajian ini telah dijalankan ke atas populasi Jurutera Daerah (N=94) yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya termasuk Jabatan Bekalan Air seluruh semenanjung Malaysia. Alat yang digunakan untuk mengenal pasti dimensi kritikal kompetensi teknikal dan tingkah laku adalah soal selidik tadbir sendiri. Sebanyak 94 soal selidik telah diposkan kepada responden dengan kadar maklum balas 39%. Pangkatan min ke atas 23 dimensi kompetensi tingkah laku mendapati Kemahiran Teknikal, Komitmen kepada Organisasi, dan Keyakinan Diri sebagai kompetensi yang paling kritikal. Dimensi kompetensi tingkah laku juga dikenali sebagai kompetensi "lembut" (soft competencies) dan ia dianggap berupaya menghasilkan prestasi kerja yang bermutu tinggi. Dimensi kompetensi tingkah laku yang dianggap kurang kritikal adalah Impak dan Pengaruh, Pemikiran Konseptual dan Kefahaman Interpersonal. Keputusan juga menunjukkan 20 daripada 28 dimensi kompetensi teknikal adalah dianggap paling kritikal. Manakala Kebolehan Teknikal Projek, Jaminan Kualiti dan Menentukan Pelaksanaan Projek telah dikategorikan sebagai yang paling penting. Dimensi kompetensi teknikal juga dikenali sebagai kompetensi "keras" (hard competencies) atau kompetensi kerja (job-related competencies) yang diperlukan khusus untuk sesuatu bidang kerja sahaja. Tujuh kompetensi daripada dimensi kompetensi teknikal dianggap sebagai sederhana penting dan dikenali sebagai kompetensi teras atau generik; yakni yang diperlukan dalam semua jawatan dalam sesebuah organisasi dan tidak tertakluk kepada jawatan-jawatan tertentu sahaja Penguasaan Bahasa Ketiga pula dianggap sebagai tidak penting kepada Jurutera Daerah JKR yang cemerlang. Daripada keseluruhan 51 dimensi kompetensi tingkah laku dan teknikal, 6 dimensi kompetensi tingkah laku dan 3 dimensi kompetensi teknikal merupakan dimensi yang paling dipentingkan dengan kemahiran teknikal (dimensi kompetensi tingkah laku) paling diutamakan. Kajian ini juga mengesahkan bahawa pencapaian prestasi kerja cemerlang bukan sahaja memerlukan kepakaran teknik dan pengetahuan dalam profesion atau kerjanya (kompetensi teknikal) tetapi juga menjangkau kompetensi tingkah laku. Keputusan kajian juga mendapati pengaruh politik dalaman dan luaran, kewangan untuk latihan yang terhad, kurang latihan pengurusan projek, kekangan masa dan kerenah birokrasi sebagai faktor utama yang menghalang Jurutera Daerah JKR daripada memperoleh kompetensi yang diperlukan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Derus, Mohmad
UNSPECIFIED
Md. Yunus, Othman
UNSPECIFIED
Syed Abdul Karim, Syed Ahmad Qusoiri
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Engineering as a profession. Engineers
Divisions:
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6822
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 6822.PDF] Text
6822.PDF

Download (3MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

6822

Indexing

Statistic

Statistic details