R&D dalam IKS makanan halal: analisis status dan masalah / Nor Aini ldris

Idris, Nor Aini (2008) R&D dalam IKS makanan halal: analisis status dan masalah / Nor Aini ldris. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.

Abstract

Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) merupakan aktiviti penting yang perlu difokuskan oleh setiap pengusaha bagi memastikan produk yang dihasilkan bermutu tinggi dan mampu bersaing di pasaran global. Kepentingan ini menjadi lebih ketara bagi produk makanan memandangkan wujud persaingan sengit dalam industri ini dan pada waktu yang sama cita rasa pengguna pula sering berubah serta menuntut kepada produk makanan yang bermutu tinggi. Namun jika dibandingkan dengan industri besar, firma IKS kurang memberi penekanan terhadap R&D. lnovasi dalam produk dan proses jarang dilakukan. lni adalah salah satu faktor yang menyebabkan IKS kurang berdaya saing berbanding industri besar. Memandangkan Malaysia sedang berusaha untuk muncul sebagai hab makanan halal dunia, aspek ini perlu diberi perhatian yang serius. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat isu R&D dalam industri makanan halal dengan penekanan kepada aspek status dan masalah yang dihadapi. Perbincangan hasil kajian dibuat berasaskan kepada kajiselidik yang dilakukan terhadap 300 pengusaha yang terlibat dalam industri pemprosesan makanan halal. Sampel dipilih dari pelbagai jenis industri makanan yang berdaftar di bawah JAKIM. Skop kajian adalah negeri-negeri di Semenanjung sahaja. Hasil kajian mendapati hanya 54.7% sahaja daripada firma yang dikaji melakukan aktiviti R&D. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh masalah dalaman dan luaran yang terpaksa dihadapi oleh pengusaha. Masalah dalaman lebih berkait dengan kedudukan kewangan dan sikap pengusaha. Manakala masalah luaran melibatkan perkembangan teknologi yang terlalu cepat, kos yang tinggi, peningkatan persaingan dan perubahan cita rasa penggun.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Nor Aini
.noraini@pkrisc.cc.ukm.my
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
T Technology > TX Home economics > Food service
T Technology > TX Home economics > Food service > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Proceedings STSS 2008
Event Title: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research
Event Dates: 3 – 4 June 2008
Page Range: pp. 41-51
Keywords: Makanan halal, IKS, R&D
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67991
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67991.PDF] Text
67991.PDF

Download (4MB)

ID Number

67991

Indexing

Statistic

Statistic details