Abstract
Masyarakat Melayu lazimya terkenal dengan kesantunan yang tinggi serta kehalusan budi bahasanya. Kesantunan tersebut sentiasa dizahirkan melalui penggunaan bahasa tersirat ataupun komunikasi berimplikatur yang diaplikasikan dalam pertuturan dan penulisan. Namun, tradisi penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu yang telah diamalkan sejak dahulu lagi telah diperkembangkan ke satu dimensi yang berbeza dan lebih segar seperti yang dipaparkan pada papan tanda lalulintas. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau komunikasi berimplikatur melalui analisis Teori Relevans dengan menggunakan papan tanda lalulintas di Negeri Pahang bagi mensahihkan pemyataan di atas. Komunikasi berimplikatur yang terdapat pada papan tanda lalulintas tersebut akan dihuraikan menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis method) bagi memudahkan pemahaman untuk mengetahui fungsi sebenar penggunaanya dalam masyarakat Melayu. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa fungsi ujaran yang berimplikatur pada papan tanda lalulintas di negeri Pahang bertindak sebagai sindiran, penyataan kekecewaan dan peringatan kepada masyarakat melayu khususnya dan pengguna jalan raya amnya. Justeru, warisan kesantunan Bahasa Melayu dapat terus dilestarikan melalui komunikasi berimplikatur pada papan tanda lalulintas untuk generasi mendatang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nordin, Noli Maishara nolinordin@pahang.uitm.edu.my Sadjirin, Roslan leenaziz@pahang.uitm.edu.my Abdul Aziz, Roslina roslancs@pahang.uitm.edu.my Mohammad Hanapi, Normadiana normadiana@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Advertising campaigns H Social Sciences > HF Commerce > Advertising > Advertising campaigns > Malaysia P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu |
Event Dates: | 4 November 2015 |
Page Range: | pp. 77-86 |
Keywords: | Fungsi, Kesantunan Melayu, Komunikasi berimplikatur, Papan tanda lalulintas |
Date: | 2015 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67980 |