Hygiene can drink / Muhamad Fuad Abdul Karim … [et al.]

Abdul Karim, Muhamad Fuad and Abdul Razak, Hanim and Ahmad, Nasyrah and Ab Rahman, Farah Adilia and Safian, Noorliana (2012) Hygiene can drink / Muhamad Fuad Abdul Karim … [et al.]. In: RIID 2012: Innovation for Sustainable Growth. Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 68. (Unpublished)
Abstract

Hygiene Can Drink adalah innovasi terhadap elemen fizikal tin minuman bagi meningkatkan tahap kebersihan dan nilai keterjaminan kesihatan pengguna. Kebiasaan pengguna minum minuman dalam tin dengan hanya membuka penutupnya tanpa memikirkan isu kebersihan dan kesihatan seperti tin minuman terjatuh di bawah peti sejuk atau sentuhan tikus dan sebagainya yang boleh menghasikan kuman atau penyakit merbahaya seperti kencing tikus. Penambahan sebahagian struktur penutup tambahan yang kemas dilakukan di keliling struktur atas tin minuman tanpa melibatkan keadaan asal penutup bagi mengekalkan gaya pengguna minum minuman dalam tin. Penutup tambahan direka berdiameter bibir dan mulut pengguna minuman dalam tin. Para pengguna dapat menikmati minuman dalam tin tanpa ragu-ragu berkenaan isu kebersihan dan nilai keterjaminan kesihatanya. Innovasi Hygiene Can Drink akan menambah nilai komersil minuman dalam tin terhadap aspek kebersihan dan nilai keterjaminan kesihatan terhadap pengguna.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
67348.pdf
Download (12MB)
Indexing & Metrics