Abstract
Malaysia telah dilanda satu wabak yang dikenali sebagai ‘corona virus’ pada tahun 2020 dan ia telah merebak sehingga menjadi sesuatu hal yang amat serius di seluruh dunia. Perkara ini berlarutan sehingga kini dan telah menjejaskan beberapa sektor dan industri di Malaysia secara menyeluruh. Di samping itu, banyak pihak yang terkesan berikutan Pandemik Covid-19 dan hal ini telah memberi impak yang besar terutamanya dari segi masalah kewangan. Sektor-sektor yang masih dibenarkan beroperasi juga telah dinasihatkan untuk mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan terdapat juga beberapa industri seperti sektor pendidikan yang disarankan untuk ‘bekerja dari rumah’ bagi mengurangkan berlakunya kontak fizikal. Namun, terdapat beberapa cabaran bagi mereka yang perlu bekerja dari rumah seperti rangkaian akses internet yang lemah, motivasi, pengetahuan teknologi serta penerapan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nabihah, Nur Amirah UNSPECIFIED Abdul Aziz, Nurulnabilah UNSPECIFIED Hassan, Fatin Aliyah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HF Commerce > Personnel management. Employment management > Employee motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 7 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Bekerja dari rumah, norma baharu, Covid-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66978 |