Abstract
Pelajar sering menganggap pembelajaran bahasa amat membosankan disebabkan oleh cara pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang sama. Justeru, kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif perlu diselitkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan bagi mewujudkan situasi komunikatif dalam kalangan pelajar. al-Nashāt al-Lughawiyy (aktiviti bahasa) merupakan salah satu pendekatan yang dapat menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Hal ini kerana pelajar berpeluang menggunakan Bahasa Arab secara praktikal dan kreatif dalam keadaan yang menyeronokkan. Penganjuran pertandingan seperti Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab dan Pertandingan Penulisan Hiwār Bahasa Arab antara aktiviti bahasa yang bukan sahaja dapat memupuk minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Arab bahkan mampu melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif dan kreatif.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nordin, Mashitah UNSPECIFIED Ariffin, Nur Aini UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Study and teaching P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Bulletin APB Edisi 7 |
ISSN: | 2682-7948 |
Keywords: | Al-Nashāt Al-Lughawiyy, pengajaran, pembelajaran, Bahasa Arab |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66824 |